Bella

THE HOST


Assalamualaikum. Thank you for reading, have a nice day ♥

Diaries About Link Quotes

Act like a KID
Dress like a TEENAGER
Think like an ADULT


CONTACT


 
Facebook: Click Here ♥
Twitter: Click Here ♥
Tumblr: Click Here ♥
Instagram: Click Here ♥
Email: nabilah.sunset@gmail.com

Quote Of The Day "Elegance is in your mind, in manner. It's the way you speak, what you read"




Life Update

Assalamualaikum.
26 September 2015.
Almost 2 minggu dah back to my normal life, jauh dari family, hirup udara jerebu, and harini merupakan hari ke-15 aku kat sarawak since my night flight was on 11th Sept. Nak menangis tapi tak sempat sebab dah start busy, dah start dapat assignment, dah ada presentations on article dah pun last week. Haha how time flies!

Sebenarnya nak update entry dah lama dah konon-konon before balik sini haritu. Tapi asyik postpone je and here it is! Malam ni just nak sum up apa yg aku dah buat sepanjang cuti sem yg lepas yg aku rasa (macam) berguna jugak lah kan. Hehe seriously i had a most wonderful semester break! *excited mode on* :)

1) Daftar Company untuk NAQEYYA EXCLUSIVE

Yup, rasa sangatlah tak percaya and rasa macam dah besar aku rupanya bila dah boleh daftar syarikat pakai my own name. Macam mimpi. Ceritanya macam ni. Masa on the way balik Muar haritu, aku naik kereta dgn abang Z je berdua sebab abah suruh temankan abang, takut abang speed (tapi dia tetap speed cam hape je :() and takut abang ngantuk. So aku pun naik jela dgn abang. Tiba-tiba abang ajak join company, dia start cakap "Kalau buat bisnes jubah ok tak ek? Abang rasa sekarang kalau start macam ok, tapi kau kena tolong lah, buat sama-sama. Nanti kite design sendiri, abang dah jumpa tailor from somewhere (out of Malaysia), kita buat brand sendiri, dalam brand tu nak ada jubah, kemeja untuk lelaki and shawl/tudung" 

Masa abang start cakap pasal tu, aku macam tak expect langsung sebab dia dah ada bisnes lain and tiba-tiba came out dgn idea ni. Tapi rasa minat tu membuak-buak since aku sendiri mmg suka bab fashion cuma tak pandai berfashion je :P Hehe So aku setuju, cuma ... abang sambung lagi cakap 

"Nanti kau daftar ea company, pakai nama kau. Nanti abang guide yg lain"

Whoapps! Why me?? Really? Me? Then itu lah titik permulaannya untuk start up this bisnes. Dengan itu, bila cuti raya dah habis pun, he keep remind me untuk pergi SSM, register company. Banyak kali. And before dia balik KL, dia ada bagi cadangan nama brand kitorang and bagi form, Maybank Form, and dia siap Cop kat bahagian introducer form tu, and dia ajar step-stepnya. It means, aku kena pergi SSM untuk daftar company, lepastu kena pergi buat Cop Company, lepastu kena bukak Current Acount kat Maybank, pakai nama ompany and untuk company. Seriously, aku tak pernah terfikir pun aku akan buat semua benda ni, atas NAMA AKU. IC AKU. AKU. But alhamdulillah, Allah memudahkan segala urusan aku, even ada jugak halangan-halangan kecik seperti meredah jemmed, tak dapat parking lot for almost 1 hour! and the list goes on. Abah teman aku dari awal aku pergi SSM, abah dah ambik leave for two days untuk teman aku :) Yela, aku ni konon berprinsipkan independency padahal semua benda masih abah yg buatkan. (Teringat dulu masa nak buat surat berhenti kerja kat guardian pun, abah yg buatkan surat tu. Huuaaaa me is too bad!) Then lepas dah register, pergi buat cop nama company, tunggu for almost 5 hours untuk cop tu siap. Lepastu hari petang tu pergi Maybank JBCC untuk buka current account tapi dia advise untuk buat kat Maybank yg paling hampir dgn alamat company tu. So, esoknya baru pergi Maybank Kluang and buat Current Account. 

Aku ingatkan kejap je, rupanya.......lama gila! Hampir half day jugak kat Maybank tu. Since this current account is for company usage, dia akan tengok who is the introducer, debit-credit account introducer, then check all those things and bla bla bla. Kat bank pun byk masalah, contohnya tiba-tiba server down and tak dapat nak proceed. Then bila dah siap account tu, kite kena tunggu 
dalam seminggu untuk dapatkan buku cheque company. Sebab HQ dr Maybank KL yg akan print, so lambat sikit. 

Fuhh akhirnya proses untuk register company, buat cop and buat current account dah siap dgn jayanya :) Yang aku rasa macam impress sikit bila aku tengok balik semua dokumen ni, semuanya nama Nabilah Binti Zakaria, IC 931018-01-****. Yup, its me :) Tak percaya pun ada, lagi-lagi masa kat bank, kena cap jari sana-sini, sign macam-macam documentssss, formss, bla bla bla. And the bank officer told me that, "Awak kena make sure yg buku cheque ni hanya laku bila awak je yg sign, anything is on your hand, jaga baik-baik, that online account password jangan sampai bocor, and bla bla bla *so so many advises and she told me how to use the cheque*" . Masa tu aku rasa, oh ya...aku kena bertanggungjawab untuk semua ni. Anything and everything is on me.

Untuk semua urusan ni, aku rasa bersyukur sebab ummi, abah and abang banyak sangat membantu dari semua aspek. Doa ummi pun tak putus-putus untuk aku. Alhamdulillah :) Terima kasih sangat umi & abah, family and abang too. Sebab banyak sangat tolong. Oh ya, kalau sesiapa yg nak buka company, kena standby RM80 untuk register fee untuk setahun, and untuk buka current account maybank, kena ada deposit RM2000. 



And inilah buku cheque untuk Company Kami :) Sebenarnya aku assume company ni family punya, cuma register atas nama aku sebab aku masih muda and since nama abang dah register untuk his own company business. And Jubah-jubah naqeyya in shaa Allah akan di release on this upcoming October and akan join dalam SHARA BOUTIQUE, vendour by Puteri Sarah & Syamsul Yusuf :) Anything news pasal naqeyya akan kami update melalui Facebook page (NAQEYYA BOUTIQUE) & Instagram account, (@naqeyya_exclusive). Sebenarnya this two account sama je even nama lain, tapi dia adik - beradik je. Hehe cuma naqeyya exclusive aku handle, and naqeyya boutique, bakal kakak ipar aku yg handle, but production kitorang sama je, :) Kitorang ni just as co-founder and abang Z founder untuk dua-dua ni :)

2. Daftar Haji

Alhamdulillah, perkara kedua yg palingg penting aku dah buat masa cuti sem lepas ialah kemaskini account & buku tabung haji (since my account was handled by ummi back then due to my age :P) Kitorang sebenarnya lamaaaaa dah nak kemaskini tapi tula asyik postpone je. And ummi berkeras untuk ajak aku register haji sebab it was too late actually (for her). Ummi selalu cakap, "adik percayalah, kalau dah daftar haji, kite akan rasa rezeki kite makin murah, percayalah cakap umi". Ya and akhirnya aku akur untuk ikut umi pergi tabung haji, kemaskini account and rename atas nama aku sendiri sebab masa aku bukak account tabung haji dulu masih belum dapat register atas nama sendiri sebab masih kecik. So bila umur dah 18, kite boleh tukar nama kite sendiri. Bayangkan, daripada umur 18 sampai la tahun ni, 22 dah, baru lah nak tukar nama aku sendiri. Ish ish teruknya aku. Padahal benda ni lah paling penting sebab ni antara first step dalam rukun islam yg kelima iaitu menunaikan haji pada yang mampu. At least kalau aku tukar nama masa aku umur 18 dulu, estimation year untuk turn aku pergi haji takdalah lambat sangat mcm skrg :( 

Tapi rezeki rahsia Allah kan, who knows my turn will be earlier before the estimation year? Ameen :) And pada yang masih belum daftar haji lagi, or even belum ada account tabung haji, aku harap korang dapatlah buat awal-awal ni. Sebab makin lambat kite daftar, makin lama lah nak tunggu turn kite nanti. Aku tak sure untuk buka account tabung haji berapa perlu bayar deposit, tapi yang aku tahu, kalau nak register untuk haji, at least kena ada RM1300 dalam account kita and nilai ni tak boleh berkurang. It means, kite dah tak boleh nak keluarkan duit dalam account ni. Tapi untuk ditambah dalam saving, sangatlah dialu-alukan sebab bila dah cukup untuk pergi haji, Pihak Tabung Haji akan bagitau kite untuk proceed pergi ke haji :) Btw, umi dengan abah tengah tunggu turn untuk pergi menunaikan ibadah haji, semoga cepatlah rezeki mereka sampai kesana, ameen.

3. Dengar talk about Takaful (Great Eastern)

Ya, again, I was so amazing! Mana pernah aku terjebak dengan benda-benda macam ni before this. Tapi haritu my aunty ajak temankan dia untuk pergi office and untuk jawab soalan untuk jadi agent Takaful. Usually orang selalu guna perkataan insurans. Tapi in GE, they prefer to use word "takaful sebab dia sebenarnya berbeza. Yup, insurans ada conventional and dia berpotensi untuk campurkan duit riba', atau bahasa kasarnya duit haram macam investment/share kita akan berhasil daripada duit arak, judi and apa-apa yg dilarang dalam islam. And this takaful lebih kepada unsur islam dan diyakini tiada unsur haram, riba', judi, arak dan sebagainya. 

On that day, agent takaful GE, orang yg guide my aunty ada datang jugak and dia tanya aku, status aku, macam-macam dia tanya. Yup, at first, aku rasa macam malass gilaaaa nak dengar. Macam omg aku tak minat lah benda ni, tipu je semua ni, bukan penting sangat pun, ala aku tak sakit lah, aku muda lagi, and macam-macam lagi aku fikir. Biasalah kan manusia, suka menilai sebelum berfikir and dapat bukti kukuh. So bila sikit demi sikit aku dengar, aku macam tertarik, sebab this takaful under GE was so amazing and banyak sangat benefit. Cuma, aku masih takda income bulan-bulan untuk join takaful since aku masih belajar. But i promise myself to join this takaful since i was told by the agent about those benefits if i join the takaful. And GE antara company yg terbaik dalam Malaysia. Aku tak berapa ingat macam mana pakej dia (i will come to get all those points again someday in shaa Allah). 

Cuma yg aku ingat, bila kita join takaful ni masa masih muda, kite berpotensi untuk dapat semua benefit dia berbanding bila kita join masa kite dah lebih berumur / dah ada penyakit kronik (dah pernah dapat rawatan kat mana-mana hospital/klinik), sebab semua tu akan jadi exception dalam pakej kite tu. And bila aku dengar talk tu, aku baru boleh relate dengan apa yg aku belajar masa semester 3 dulu, about Insurance law (paper Advance business law). Seriously, it was so so interesting! And yg aku berminat sebab kite boleh pilih pakej yg dia offer ikut kemampuan kite, and kalau kite tak pernah claim apa-apa pakai takaful and duit yg kite bayar bulan-bulan tu, dia tetap akan masuk dalam saving kite. So kite dapat menabung sambil dapat macam-macam faedah untuk pakej yg kite pilih tu. Hehe best kan? Ya in shaa Allah, kalau ada rezeki lepas grad nanti aku dapat kerja, aku nak cepat-cepat daftar and join this takaful since i was thought that it will bring much benefit for me and my life later on :)


4. LAIN-LAIN PERKARA YG BERFAEDAH

Haha ini namanya dah mengantuk lepastu dah penat nak list down semua benda :D Lagipun aku rasa macam dah panjang sangat aku tulis ni :/ So yg ni aku just list dalam point jela k :P *pemalas gila kau bella* -_-

1) Habiskan masa dengan family, jaga hany & cira, belajar masak, buat cake, doing the house chores, teman umi berborak sepanjang hari, jaga umi masa sakit, teman umi drive pergi sana-sini, ikut umi dengan abah gi kenduri kawen and make my family happy with my silly attitude :P And i think they will miss my annoying faces, action, dance and many more bad and good deeds of mine! Haha pasan sikit boleh ? :P

2) Teman and menyibuk masa abang pergi fitting baju nikah dengan kak nana (my bro fiance and in shaa Allah will be my s.i.l very soon :))

3) Pergi shooting and photoshoot jubah untuk Naqeyya first batch. Masa nak cari model sikit punya susah. My family push me untuk jadi model, tapi self-esteem aku down to earth sebab aku bukan cantik pon, pose pun kaku je habis lingkup weyh nanty :(( Alhamdulillah jumpa jugak model, kawan aku sendiri, even kenal macam gitu-gitu je tapi Fatin was soo great, and she got a really beautiful face oh hem jih i cannot gaissss !

4) Edit blog and came with new look for this blog hehe laavvvv ittt! :*

5) Makan, makan, makan, and makan, and cant stop from doing it! Food. Is. Life. Yup, i love food more than you :P

6)Tolong bagi idea bernas sikit lah untuk wedding abang hehe. Berguna jugak aku rupanya walaupun idea  aku 80% ditolak huaaaa :(

7) Apa lagi eh yg aku buat masa cuti sem haritu..ermmm banyak tido je kot. Haha aku tidur awal kot kat rumah. Lepas isyak terus tido. Krohh krohhh zzZzz

8) And ada lah lagi beberapa perkara yg aku buat haritu yg best sikit, contohnya aku cuba main ice-skating for the first time guys! Hehe and it was amazing and the best experience i've had.




Muka excited kau tahu? Lepastu i was trying Boat Noodle for the first time, too! 


It was reallyy really really amazing! Sampai sekarang aku masih terasa kaww nya tea ice diorang mashaa Allah !


Tengok warna dah tau rasa dia sexyy haha sedapnya aiiiyiizzkerevingg! :((

Ok menangis sensorang. Haha rindunya familyy :( Cannot wait for this upcoming october, nak balikk!!! Oh btw, in shaa Allah, aku dah start my final year and of course, my FYP too on this semester. Wish me luck, guys! :)

Till the next entry, Good night, xoxo,
B :*

0 comment(s)
Older Post | Newer Post